Khamis, 4 Disember 2008

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir”
ar-Ruum : 21

Rabu, 3 Disember 2008

Panduan ke Tangkak melalui Google Maps.

Peta Tangkak.


Klik pada imej untuk dapatkan saiz imej yang lebih besar.

Imej satelit kawasan Tangkak.


Klik pada imej untuk dapatkan saiz imej yang lebih besar.

Namun begitu pada imej satelit, kedudukan rumah pengantin telah diliputi oleh lapisan awan.
Dengan mengunakan Google Maps anda juga boleh mengetahui penunjuk ke Tangkak daripada kedudukan anda. Caranya ialah lunsuri laman web http://maps.google.com/
Klik Get Direction pada sebelah kiri atas laman web, selepas itu masukkan dari mana dan ke mana destinasi yang hendak dituju dan laman web ini akan menandakan penunjuk arah daripada destinasi asal anda ke destinasi yang hendak dituju bersama-sama dengan penerangannya sekali. Sila lihat contoh di bawah ini;


Klik pada imej untuk dapatkan saiz imej yang lebih besar.

Akhir sekali diharap ianya dapat membantu anda ke lokasi majlis perkahwinan kami. Anda juga boleh menghubungi individu yang berkenaan melalui no. telefon yang tertera dalam kad jemputan majlis perkahwinan kami.

Ahad, 16 Disember 2007

Hari ulangtahun perkahwinan yang pertama.

Hari ini 30 Zulhijah 1430, sehari lagi sebelum umat Islam melangkah ke tahun baru 1431 hijrah adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama mengikut kelender Islam. Selama satu tahun hijrah usia perkahwinan kami ini pelbagai suka dan duka ditempuhi bersama. Doakan semoga ikatan yang suci ini berkekalan hingga ke syurga.

Isnin, 15 Januari 2007

Kami suami isteri mengucapkan sedalam-dalam terima kasih kepada yang sudi hadir majlis perkahwinan kami pada 28 Disember 2008 yang lalu.
Doakan semoga kami bahagia dunia akhirat.

 
Free counter and web stats